Bayangkan dua orang kawan yang mula berminat dengan emas pada tahun yang sama.
Ali seorang pelabur emas. Dia memantau harga setiap hari, membaca ramalan pasaran, dan menunggu saat paling sesuai untuk membeli.
Siti seorang penyimpan emas. Dia menetapkan jumlah tetap setiap bulan dan terus menambah emas, tak kira harga naik atau turun.
Sepuluh tahun kemudian, siapa yang memiliki lebih banyak emas?
Nasib si pelabur: sentiasa menunggu
Ali sebenarnya tak salah. Prinsip "beli murah, jual mahal" memang betul dan menguntungkan, jika berjaya diamalkan. Masalahnya, ia sangat sukar dilakukan kerana dua sebab.
1. Tiada siapa tahu harga paling rendah atau paling tinggi
Kita hanya tahu sesuatu harga itu "paling rendah" selepas harga sudah naik semula. Begitu juga harga "paling tinggi", hanya diketahui selepas harga sudah jatuh. Semasa ia berlaku, tiada siapa pasti.
2. Emosi mengambil alih
Bila kita terlalu kerap melihat harga, keputusan mula dipandu oleh perasaan, bukan perancangan. Kitarannya biasanya begini:
- Harga rendah: tiada siapa berminat. Emas tak "seksi", tiada siapa bercakap tentangnya.
- Harga naik: semua orang mula bercakap tentang emas. Ramai membeli kerana takut ketinggalan.
- Pelabur lama ambil untung: mereka menjual, harga pun turun.
- Pelabur baru kecewa: yang membeli di puncak terpaksa menunggu lebih lama untuk untung, dan ramai yang berputus asa.
Akhirnya, ramai pelabur seperti Ali terperangkap dalam salah satu daripada dua keadaan: membeli ketika harga sudah tinggi, atau tidak membeli langsung kerana masih menunggu harga terbaik. Emas tiada, duit pun entah ke mana.
Rahsia si penyimpan: tidak bergantung pada harga
Siti tidak melihat emas sebagai pelaburan untuk dijual beli. Baginya, emas ialah tabungan, tempat menyimpan nilai hasil titik peluhnya.
Kerana itu, turun naik harga tidak begitu mengganggunya:
- Bila harga tinggi, dia tetap beli, cuma dapat gram yang sedikit kurang.
- Bila harga rendah, dia beli lebih banyak gram dengan jumlah wang yang sama.
Yang dia fokuskan hanya satu: jumlah gram emasnya terus bertambah. Semakin banyak emas yang dimiliki, semakin kukuh kedudukan kewangannya.
Penyimpan emas tidak bertanya "bila harga akan turun?". Dia bertanya "berapa gram lagi saya boleh tambah bulan ini?"
Kenapa pendekatan menyimpan lebih berkesan?
Dalam jangka panjang, nilai ringgit terus dihakis oleh inflasi. Secara sejarah, harga emas dalam ringgit telah naik secara purata sekitar 10% setahun sepanjang kira-kira 20 tahun, dan jumlah kenaikannya melebihi 600% dalam tempoh tersebut.
Dengan memahami gambaran besar ini, penyimpan emas tidak risau dengan turun naik harga jangka pendek. Mereka tahu masa berada di pihak mereka.
Cara paling mudah untuk menjadi "Siti" ialah dengan GAP Auto-Debit: jumlah tetap ditolak setiap bulan, dan anda tak perlu fikir tentang harga lagi.
Bila emas sudah banyak, pintu lain mula terbuka
Simpanan emas yang dikumpul bertahun-tahun bukan sekadar untuk disimpan. Ia boleh menjadi batu loncatan untuk:
- Modal membeli hartanah di bawah harga pasaran yang memberi aliran tunai positif
- Modal pusingan perniagaan tanpa perlu meminjam
- Melunaskan hutang dengan lebih cepat
Kesimpulan
Pelabur emas menunggu harga yang sempurna. Penyimpan emas terus menambah simpanan. Dalam jangka panjang, yang konsisten hampir selalu mengatasi yang menunggu.
Beberapa tahun dari sekarang, penyimpan emas akan melihat semula harga hari ini dan tersenyum, sambil berharap mereka telah menyimpan lebih banyak.
Nak mula menjadi penyimpan emas? Ketahui kelebihan simpan emas atau klik butang whatsapp.
