Blog ›

Emas Mahal Hari Ini, Mungkin Dianggap Murah Esok

3 min bacaan
Emas Mahal Hari Ini, Mungkin Dianggap Murah Esok

"Emas sekarang dah mahal sangat, saya tunggu turun dulu."

Ayat ini selalu kita dengar, termasuk daripada mereka yang sudah lama menyimpan emas. Bila harga naik, ramai mula teragak-agak untuk menambah simpanan.

Persoalannya, betulkah emas sudah terlalu mahal? Atau kita sebenarnya sedang melihat dari sudut yang salah?

Kita simpan nilai, bukan logam

Kalau tujuan kita sekadar mahu simpan logam yang murah, silver, tembaga atau besi lebih mudah dibeli. Tapi hampir tiada siapa menyimpan besi untuk masa depan keluarga.

Sebabnya mudah. Yang kita mahu jaga ialah nilai kekayaan, bukan berat logam itu sendiri. Emas dipilih kerana ia menyimpan nilai yang sangat besar dalam saiz yang sangat kecil.

Nilai sebuah rumah, muat dalam poket

Cuba bandingkan. Ketika artikel ini ditulis, anggarannya:

Emas Silver
Berat untuk nilai sekitar RM600,000 1 kg (sebesar telefon bimbit) Sekitar 50 kg
Mudah disimpan & dibawa? Ya, muat dalam poket atau peti kecil Perlukan ruang besar, berat diangkat

Satu bar emas 1 kilogram boleh menyamai harga sebuah rumah. Untuk nilai yang sama dalam bentuk silver, anda perlukan berpuluh-puluh kilogram logam yang perlu disimpan, disorok dan diangkut. Itulah kelebihan emas sebagai penyimpan nilai: padat, mudah dijaga dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dulu RM180 segram pun orang kata mahal

Sekitar tahun 2018, harga emas berada di paras kira-kira RM180 segram. Ketika itu ramai berkata emas sudah terlalu mahal kerana itulah harga tertinggi yang pernah dilihat.

Hari ini, ramai yang menunggu harga "turun" pada masa itu tentu berharap mereka sudah membeli lebih awal.

Harga yang kita rasa mahal hari ini, selalunya akan nampak murah bila kita toleh ke belakang beberapa tahun lagi.

Ini kerana dalam jangka panjang, nilai wang kertas terus dihakis oleh inflasi, manakala emas cenderung mengekalkan kuasa belinya. Secara sejarah, harga emas dalam ringgit telah naik secara purata sekitar 10% setahun dalam tempoh kira-kira 20 tahun.

Jadi, apa yang patut kita buat?

Daripada menunggu "harga yang sesuai", lebih baik fokus kepada perkara yang kita boleh kawal:

  1. Simpan sedikit demi sedikit, tapi konsisten. Tak perlu tunggu ada duit banyak. Simpanan bulanan yang kecil, lama-lama menjadi besar.
  2. Sasarkan simpanan emas bersamaan 12 bulan gaji. Ini boleh menjadi dana kecemasan yang kukuh untuk keluarga.
  3. Bina matlamat jangka panjang: "1 keluarga, 1 kilo emas". Satu sasaran yang jelas untuk diwariskan kepada generasi seterusnya.

Kesimpulan

Harga emas memang turun naik dalam jangka pendek, dan itu perkara biasa. Tetapi bagi mereka yang menyimpan untuk jangka panjang, persoalannya bukan "bila harga akan turun", tetapi berapa lama lagi kita mahu menangguhkan simpanan.

Semakin awal kita mula, semakin banyak masa yang emas ada untuk menjaga nilai simpanan kita.

Nak mula simpan emas dengan bajet yang selesa? Hubungi saya, klik butang whatsapp.