Ada penyimpan emas yang sudah mula bertahun-tahun lalu, tetapi kedudukan kewangan mereka masih di takuk lama. Setiap hari sibuk memerhati harga emas naik dan turun, sedangkan jumlah gram emas mereka tidak bertambah sejak dulu.
Hakikatnya, emas sahaja tidak menjadikan kita kaya. Yang menjadikan kita kaya ialah ilmu dan tabiat dalam menyimpan emas.
Ukur kekayaan dengan gram, bukan harga
Kenaikan harga emas memang menggembirakan. Tetapi kekayaan sebenar bertambah bila kepingan atau gram emas kita bertambah dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun.
Jadi soalan paling penting bukan "harga emas naik atau turun hari ini?", tetapi:
Adakah emas saya lebih banyak berbanding tahun lepas?
3 tanda anda semakin kaya
Bertambahnya emas hanyalah permulaan. Simpanan emas yang diuruskan dengan ilmu sepatutnya membawa kepada:
- Tabungan cukup 6 hingga 12 bulan gaji
- Hutang langsai satu demi satu
- Harta yang menjana pendapatan pasif bertambah setiap tahun
Dan akhirnya, kebebasan kewangan: tak bekerja pun tetap ada pendapatan.
7 checklist untuk penyimpan emas yang serius
Checklist ini nampak mudah, tetapi kesannya besar, terutamanya dari sudut psikologi dan disiplin.
1. Guna aplikasi mudah alih Public Gold
Bila semuanya ada dalam telefon, menyemak baki dan menambah simpanan jadi sangat mudah. Setiap kali buka telefon, kita teringat untuk menabung.
Sebaliknya, bila proses terasa renyah, kita cenderung menangguhkan. Muat turun aplikasi Public Gold di Google Play, App Store atau Huawei AppGallery.
2. Sertai komuniti penyimpan emas
Menyimpan seorang diri mudah hilang semangat. Dalam komuniti, anda dapat maklumat terkini lebih awal, dan boleh bertanya terus kepada penyimpan senior yang sudah berpengalaman, termasuk yang sudah bebas hutang hasil menabung emas.
Tanya dealer anda tentang group sokongan untuk penyimpan di bawah mereka.
3. Rujuk panduan dan tutorial
Prosedur dan SOP boleh berubah dari semasa ke semasa. Daripada bertanya sana sini, rujuk panduan yang sentiasa dikemas kini. Semua langkah asas seperti beli, jual, pengeluaran dan auto-debit ada dalam halaman tutorial.
4. Baca buku tentang kewangan dan emas
Ilmu ialah pelaburan paling penting. Dua buku yang sering disyorkan kepada penyimpan emas ialah Wang Emas dan Misi Bebas Hutang, yang mengajar strategi praktikal menggunakan emas untuk membina kekayaan dan melangsaikan hutang.
5. Menabung melalui GAP Auto-Debit
Ini kaedah paling konsisten. Tetapkan jumlah bulanan (contohnya RM200), dan ia akan ditolak secara automatik dari akaun bank setiap bulan. Tak perlu ingat, tak perlu buat keputusan lagi.
Baca lebih lanjut dalam artikel GAP Auto-Debit: Cara Paling Mudah Menabung Emas Secara Konsisten, atau terus ke tutorial mengaktifkan auto-debit.
6. Sertai webinar "Membina Satu Juta Pertama"
Selepas simpanan emas stabil, langkah seterusnya ialah belajar bagaimana menggunakan emas untuk membina aset bernilai RM1 juta yang pertama, sebagai laluan ke arah kebebasan kewangan. Webinar ini disediakan secara percuma untuk penyimpan emas dibawah saya.
7. Kongsikan manfaat emas
Bila anda sudah merasai manfaat menyimpan emas, kongsikan dengan orang lain. Ada dua cara:
- Menjadi dealer dan menyertai latihan bulanan serta mingguan, untuk membina pendapatan sampingan sambil membantu orang lain menyimpan. Lihat peluang menjadi dealer.
- Jika komitmen latihan terlalu berat, sertai kempen kongsi manfaat emas, di mana anda mendapat ganjaran bagi setiap penyimpan baru yang anda perkenalkan.
Ambil langkah sekarang
Tak perlu selesaikan ketujuh-tujuh checklist dalam sehari. Mulakan dengan satu, kemudian teruskan satu demi satu.
Untuk versi penuh berserta gambar dan pautan, lihat halaman 7 Checklist Kaya Dengan Emas.
